Sunday, March 20, 2011

Reka Cipta Marakas Unik


Gambar Marakas


Alat permainan marakas di atas adalah hasil kerja rekaan inovasi kumpulan kami. Tujuan rekaan adalah untuk menarik minat pembelajaran terutamanya terhadap kanak-kanak yang mengalamai masalah kelainan upaya. Rekaan ini memfokuskan penggunaan muzik dan kekreatifan seni untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak.

Selain itu, kepada ibu bapa yang berkeinginan meluangkan masa dengan anak-anak, aktiviti menghasilkan marakas ini boleh dilakukan bersama-sama untuk mengeratkan kemesraan sesebuah keluarga.

Dengan erti kata lain, teknologi dan inovasi sesekali tidak dapat dipisahkan daripada jalinan ikatan kemesraan.

Selamat Mencuba~



Sekian~

Isu: Teknologi dan Pendidikan Kemasyarakatan

Sikap individualistik, materialistik dan berbudaya kapitalis (sosio-ekonomi yang merujuk kepada kekayaan) sering dikaitkan dengan kesan tersebarnya penggunaan teknologi dalam kalangan masyarakat.

Entah di mana silapnya sehinggakan ramai anak-anak muda sukar untuk turut serta menyumbangkan tenaga dan idea dalam aktiviti kemasyarakatan. Mereka lebih gemar menghabiskan masa bersendiri menghadap komputer sehingga tidak mengendahkan persekitaran jiran tetangga.

Benjamin Olken (2006) melaporkan bahawa pengaruh teknologi seperti televisyen dan video game menyebabkan penurunan kadar penyertaan golongan muda dalam aktiviti komuniti. Oleh itu, tidak hairanlah bahawasanya program masyarakat seperti bergotong-royong, ceramah, kenduri-kendara apatah lagi majlis agama begitu sukar untuk kita temui golongan ini.

Tambahan lagi, Marshall Mcluhan (Teori Teknologi Determinisme) menyatakan pandangan bahawa masyarakat kini adalah masyarakat Zaman Elektronik. Kewujudan teknologi satelit dan internet menyebabkan generasi muda menjadikan dunia maya 100% sebagai penghubung antara satu sama lain. Kesannya, generasi sekarang kerap berhubung dengan mesin seperti handphone, e-mail dan facebook. Hilanglah soft skill dalam penginteraksian sesama manusia secara realiti.

Menyelidiki mengapa hal ini terjadi, saya tertarik dengan definisi Manuel Castells yang mengatakan bahawa homo habilis (manusia berketrampilan) akan menggunakan ilmu pengetahuan untuk menunjukkan kemampuan membuat pembaharuan dan alat-alat canggih.

Maka setiap manusia yang inginkan kemajuan dan kekuasaan akan mula merekacipta pelbagai alatan baru yang lebih canggih. Secara tidak sedar timbul isu persaingan dan saling menindas yang akhirnya menenggelamkan sifat kemanusiaan sejagat. Apa yang dikatakan sebagai memberi kemudahan dan kesenangan kepada aktiviti manusia hanya sebagai argumen pendokumentasian hitam putih semata-mata.

Isu yang lebih besar, budaya berkapitalis yang ingin memegang tampuk ekonomi dunia telah menggunakan teknologi sebagai alat peperangan. Kita lihat bahawa kuasa teknologi enjin, teknologi elektrik dan teknologi nuklear amat memerlukan sumber terhad seperti minyak asli, air bersih dan sebagainya. Maka berlaku perebutan dan memonopoli persekitaran yang memungkinkan peperangan.

Oleh itu, pendidikan kemasyarakatan perlu diberi perhatian serius disamping usaha meningkatkan pelbagai kefungsian sesuatu teknologi. Contoh usaha yang boleh dilakukan adalah dalam penggunaan teknologi komunikasi. Setiap laman sosial perlu membuat sudut ilmu dan kempen disamping penganjuran program kemasyarakatan.

Harapannya agar lahirnya generasi yang tidak hanya celik teknologi tetapi juga mempunyai sahsiah terpuji.

Saturday, March 19, 2011

Renovation: Kotak dari Kayu Chopstick

Kotak alatan tulis/ serbaguna ini diperbuat daripada kayu chopstick pakai buang. Hanya menggunakan penyembur warna, ia nampak baru dan unik. Tambahan, anda juga boleh gayakan citarasa dengan warna pilihan sendiri.

Berikut adalah alatan yang digunakan:
30-40 batang chopstick, penyembur warna, benang pengikat, gam kayu, kertas warna dan pen untuk melukis.



1) Pandangan Depan



2) Pandangan Belakang: Sisi Kiri



3) Pandangan Belakang: Sisi Kanan



4) Pandangan Sudut Atas



5) Pandangan Sisi



6) Pandangan Hadapan: Fokus Bukaan Kotak



7) Pandangan Bawah: Sisi Kiri



8) Pandangan Sisi: Sudut Kanan



9) Pandangan Atas



10) Pandangan Sisi: Kotak Lerai



~SELAMAT MENCUBA~

Tonton Teknologi


1) Samsung OLED




2) Japan mempersembahkan Gadjet mini berupa jam tangan transparent & fleksibel




3) Motosikal Hyundai canggih akan datang




4) Pen ini mampu menjadi komputer dengan memancar cahaya




5) Inovasi dari pemikiran yang kreatif ini boleh diamalkan dan dicuba sendiri




6) Bola teknologi




7) Kenderaan baru dari japan.




8) Microsort Surface




9) Nokia Morph




10) Laser berirama

Tuesday, March 15, 2011

Kepelbagaian Teknologi Masa Kini

1) BRP Embrio

Motosikal beroda satu ini merupakan ciptaan Honda dan menggunakan tenaga elektrik berkuasa hidrogen yang direka untuk tujuan rekreasi dan pengangkutan peribadi. Ia mempunyai siri sensor dan giroskop untuk memberi keseimbangan kepada penunggang. Penunggang hanya perlu menggerakkan kiri dan kanan dengan menggunakan berat badan tanpa menggunakan stereng. Ia juga dilengkapi dengan sistem brek berteknologi tinggi, night vision, alat bantuan robotik dan kunci digital berkod. Konsep ini dibina dengan bahan acuan ringan seperti polypropylene, santoprene, nilon, aluminium, magnesium dan teknologi sel bahan bakar yang menjanjikan EMBRIO adalah kenderaan mesra alam. Beratnya dianggarkan 164 kg dan berukuran 124cm x 70cm x 120cm.



2) Teknologi Nano Touch


Microsoft dan Mitsubishi telah memperkenalkan teknologi layar sentuh baru iaitu Nano Touch yang mampu diakses daripada hadapan mahupun bahagian belakang. Teknologi ini berukuran 2.4 inch dan boleh digunapakai dalam pelbagai gadjet seperti MP3 players. Kelebihan layar sentuh daripada bahagian belakang adalah pengguna dapat mengakses tanpa gangguan pandangan. Hal ini kerana kemungkinan menu skrin terhalang oleh jari yang besar. Oleh itu, pengguna pastinya lebih selesa dan cekap.



3) Bionic Eyes


Mata bionik merupakan ciptaan yang menjadi harapan kepada Si Buat atau penghidap Tunanetra di seluruh pelusuk dunia. Ia merupakan mata palsu yang membantu memberi fungsi kepada retina mata yang sudah rosak dengan mekanisma yang sungguh rumit namun unik. segala informasi visual akan terakam oleh sebuah kamera mini yang terdapat pada mata bionik. kemudian ia akan menjadi signal elektronik lalu dikirimkan kepada implan elektroda atau otak. maka, keberkesanan mata bionik ini diharap penglihatan akan kembali normal. menurut Dr. John Pezaris daripada Universiti Harvard Cambridge, mata bionik berkesan dengan lebih baik pada pesakit yang sebelumnya tidak buta.



4) LOMAK: Light Operated Moused and Keyboard


Merupakan sokongan peranti teras komputer baru yang direka khas untuk pengguna yang sukar menggunakan mouse dan keyboard (kecacatan tangan/lumpuh). Peranti ini akan membawa fail menggunakan cahaya sebagai alat komunikasi antara pengguna dan komputer. Sebuah alat penanda iaitu kepala kawalan akan menyoroti gerakan cahaya yang berfungsi sebagai kekunci kepada keyboard. Pengguna hanya perlu mengesahkan setiap kekunci untuk mengelakkan kesalahan dan meningkatkan kelajuan input. Kelebihan ini juga dapat mengurangkan tekanan/ stress kepada pengguna yang mempunyai kudrat terbatas. Konsep LOMAK ini mendapat anugerah emas pada 2007 dalam Idea Rekaan Terbaik.



5) Nokia Morph Concept
HP berteknologi canggih ini menggunakan teknologi Nano hasil kerjasama Nokia dan Cambridge. kelebihannya adalah boleh dilentur, ditarik dan digulung dengan fleksibel. rekebentuknya yang bagaikan origami pasti menarik minat pengguna kerana penggunaannya memberi ruang keselesaan. permukaan yang transparan juga memukau ditambah lagi dengan warna hijau daun yanjg menyerlahkan lagi kecanggihannya.



6) TriBook


TriBook memperkenalkan tiga konsep ultra layar lebar iaitu 21". Ia juga mempunya 8x superdrive, 1 TB Hard disk, Mac Book Pro-Calibre CPU dan keyboard Multi Touch Trackpad. Ia dibuat oleh rekaan industri Jerman, Felix Schmidberger. Laptop yang elegen ini juga menggunakan OLED Touchscreen. Rekebentuk PC Paper yang seakan-akan lembaran kertas dilengkapi dengan pen untuk pengoperasian. ia juga sering disebut sebagai Digital Book.



7) Skinput


Merupakan kombinasi sensor bio-akustik dan sejumlah mesin canggih yang menyebabkan tapak tangan sebagai pengendali touchpad. ia diperkenalkan oleh Chris Harrison iaitu mahasiswa jurusan interaksi manusia-komputer di Carnegie Mellon University. kelebihannya berukuran kecil,, mempunyai MP3 Player dan perangkat Portabel lain. hanya menggunakan organ tubuh terbesar iaitu kulit sebagai perangka input, tindakan seperti menjentik jari, mengetuk, dan menekan dapat mengendalikannya. hal ini kerana terdapat sensor bunyi yang peka terhadap gelombang jaringan kulit dan tekanan tulang.



8) Unggun Api Portable: Travelmate


Teknologi api tanpa asap dari Conmoto ia didabungkan dengan powder coating tahan cuaca dan mampu didirikan mengikut pengatur mood dan suasana. Ia boleh dibawa dan diletak kemana-mana seperti atas karpet, sofa, taman dan boleh dinikmati di mana sahaja. Panel kaca bermagnet ini mampu menyalakan api. Ukurannya dianggar 50cm x 70 cm x 20 cm.



9) AUDI Shark


Perancangan oleh Karim Doku ini adalah rekaan kereta yang tidak beroda dan mampu untuk terbang. fizikalnya yang mempunyai ekor adalah untuk menjamin kelajuan yang maksimum. serupa dengan konsep kapal selam, AUDI Shark mempunyai lampu moden di hadapan dan belakang dengan bantuan unit LED. Objektifnya adalah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan.



10) Inovasi Basikal Lipat


Basikal berinovasi baru ini berupaya dilipat untuk menjadi beg agar mudah dibawa kemana-mana sahaja. ia turut dilengkapi dengan pembesar suara dalaman untuk menghasilkan bunyi agar tidak berlanggar dengan sesuatu. Basikal ini akhirnya dapat mengurangkan kecenderungan untuk hilang dan dicuri.

Sunday, March 13, 2011

Biodata


Nama : Nurul Hidayah binti Abdul Rahman
No Pelajar : A130252
Program : Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian Pembangunan Manusia
Tahun Pengajian : Tahun 2
Semester : 2 (Sesi 2010/2011)
Tutorial : Hari : Selasa
Masa: 8 - 10 Malam
Tempat: Makmal Komputer Dewan Budiman
Emel : undergurz@yahoo.com
No.hp : ***
Alamat Kolej : D1210 Kolej Pendeta Za'ba, UKM.
Alamat Rumah: 149, Felda Air Tawar 3, 81920 Kota Tinggi, Johor.