Tuesday, March 15, 2011

Kepelbagaian Teknologi Masa Kini

1) BRP Embrio

Motosikal beroda satu ini merupakan ciptaan Honda dan menggunakan tenaga elektrik berkuasa hidrogen yang direka untuk tujuan rekreasi dan pengangkutan peribadi. Ia mempunyai siri sensor dan giroskop untuk memberi keseimbangan kepada penunggang. Penunggang hanya perlu menggerakkan kiri dan kanan dengan menggunakan berat badan tanpa menggunakan stereng. Ia juga dilengkapi dengan sistem brek berteknologi tinggi, night vision, alat bantuan robotik dan kunci digital berkod. Konsep ini dibina dengan bahan acuan ringan seperti polypropylene, santoprene, nilon, aluminium, magnesium dan teknologi sel bahan bakar yang menjanjikan EMBRIO adalah kenderaan mesra alam. Beratnya dianggarkan 164 kg dan berukuran 124cm x 70cm x 120cm.



2) Teknologi Nano Touch


Microsoft dan Mitsubishi telah memperkenalkan teknologi layar sentuh baru iaitu Nano Touch yang mampu diakses daripada hadapan mahupun bahagian belakang. Teknologi ini berukuran 2.4 inch dan boleh digunapakai dalam pelbagai gadjet seperti MP3 players. Kelebihan layar sentuh daripada bahagian belakang adalah pengguna dapat mengakses tanpa gangguan pandangan. Hal ini kerana kemungkinan menu skrin terhalang oleh jari yang besar. Oleh itu, pengguna pastinya lebih selesa dan cekap.



3) Bionic Eyes


Mata bionik merupakan ciptaan yang menjadi harapan kepada Si Buat atau penghidap Tunanetra di seluruh pelusuk dunia. Ia merupakan mata palsu yang membantu memberi fungsi kepada retina mata yang sudah rosak dengan mekanisma yang sungguh rumit namun unik. segala informasi visual akan terakam oleh sebuah kamera mini yang terdapat pada mata bionik. kemudian ia akan menjadi signal elektronik lalu dikirimkan kepada implan elektroda atau otak. maka, keberkesanan mata bionik ini diharap penglihatan akan kembali normal. menurut Dr. John Pezaris daripada Universiti Harvard Cambridge, mata bionik berkesan dengan lebih baik pada pesakit yang sebelumnya tidak buta.



4) LOMAK: Light Operated Moused and Keyboard


Merupakan sokongan peranti teras komputer baru yang direka khas untuk pengguna yang sukar menggunakan mouse dan keyboard (kecacatan tangan/lumpuh). Peranti ini akan membawa fail menggunakan cahaya sebagai alat komunikasi antara pengguna dan komputer. Sebuah alat penanda iaitu kepala kawalan akan menyoroti gerakan cahaya yang berfungsi sebagai kekunci kepada keyboard. Pengguna hanya perlu mengesahkan setiap kekunci untuk mengelakkan kesalahan dan meningkatkan kelajuan input. Kelebihan ini juga dapat mengurangkan tekanan/ stress kepada pengguna yang mempunyai kudrat terbatas. Konsep LOMAK ini mendapat anugerah emas pada 2007 dalam Idea Rekaan Terbaik.



5) Nokia Morph Concept
HP berteknologi canggih ini menggunakan teknologi Nano hasil kerjasama Nokia dan Cambridge. kelebihannya adalah boleh dilentur, ditarik dan digulung dengan fleksibel. rekebentuknya yang bagaikan origami pasti menarik minat pengguna kerana penggunaannya memberi ruang keselesaan. permukaan yang transparan juga memukau ditambah lagi dengan warna hijau daun yanjg menyerlahkan lagi kecanggihannya.



6) TriBook


TriBook memperkenalkan tiga konsep ultra layar lebar iaitu 21". Ia juga mempunya 8x superdrive, 1 TB Hard disk, Mac Book Pro-Calibre CPU dan keyboard Multi Touch Trackpad. Ia dibuat oleh rekaan industri Jerman, Felix Schmidberger. Laptop yang elegen ini juga menggunakan OLED Touchscreen. Rekebentuk PC Paper yang seakan-akan lembaran kertas dilengkapi dengan pen untuk pengoperasian. ia juga sering disebut sebagai Digital Book.



7) Skinput


Merupakan kombinasi sensor bio-akustik dan sejumlah mesin canggih yang menyebabkan tapak tangan sebagai pengendali touchpad. ia diperkenalkan oleh Chris Harrison iaitu mahasiswa jurusan interaksi manusia-komputer di Carnegie Mellon University. kelebihannya berukuran kecil,, mempunyai MP3 Player dan perangkat Portabel lain. hanya menggunakan organ tubuh terbesar iaitu kulit sebagai perangka input, tindakan seperti menjentik jari, mengetuk, dan menekan dapat mengendalikannya. hal ini kerana terdapat sensor bunyi yang peka terhadap gelombang jaringan kulit dan tekanan tulang.



8) Unggun Api Portable: Travelmate


Teknologi api tanpa asap dari Conmoto ia didabungkan dengan powder coating tahan cuaca dan mampu didirikan mengikut pengatur mood dan suasana. Ia boleh dibawa dan diletak kemana-mana seperti atas karpet, sofa, taman dan boleh dinikmati di mana sahaja. Panel kaca bermagnet ini mampu menyalakan api. Ukurannya dianggar 50cm x 70 cm x 20 cm.



9) AUDI Shark


Perancangan oleh Karim Doku ini adalah rekaan kereta yang tidak beroda dan mampu untuk terbang. fizikalnya yang mempunyai ekor adalah untuk menjamin kelajuan yang maksimum. serupa dengan konsep kapal selam, AUDI Shark mempunyai lampu moden di hadapan dan belakang dengan bantuan unit LED. Objektifnya adalah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan.



10) Inovasi Basikal Lipat


Basikal berinovasi baru ini berupaya dilipat untuk menjadi beg agar mudah dibawa kemana-mana sahaja. ia turut dilengkapi dengan pembesar suara dalaman untuk menghasilkan bunyi agar tidak berlanggar dengan sesuatu. Basikal ini akhirnya dapat mengurangkan kecenderungan untuk hilang dan dicuri.

No comments:

Post a Comment